Monday 17 May 2010

Tribute

Radio berkumandang lagu Aril AF "Menatap Wajahmu". Ah pagi pagi sudah buat hati gua tak tenteram. Gua capai pistol bawah bantal. "POW POW", dua das tembakan tepat kene alarm clock gua. Kerana nyamuk seekor, habis satu kelambu di bakar. Mentaliti kelas ketiga gua masih belum di ubah.

Gua capai laptop, buka Fesbuk. Seperti biasa status Fesbuk yang rata-rata meluahkan emosi tanpa menyatakan terhadap siapa. Seperti bermain teka teki setiap kali membaca status Fesbuk. Terhibur seketika melayan teka-teki.

Gua tersenyum bangga melihat satu gambar yang di tag dalam profil gua.

"Alhamdulillah, berjaya jugak" getus hati gua.

Memori silam gua bermain-main seperti filem. Gua ada seorang sahabat baik yang gua dah kenal dari tahun 1999. Nama dia Zaim, orang kampung panggil Zaim , di sekolah panggil Bendi dan satu ketika orang panggil dia Doy. Masalah personaliti diri pada kiraan gua.

Perjalanan hidup dia pada amatan gua tidaklah seperti mana-mana belia yang gua kenal. Dari sekolah lagi gua ada firasat dia ni lain macam sikit pe'el dia. Dari aktiviti seni persembahan tarian kuda sampai aktiviti haram mencuri ayam kat dewan makan semua dia turut serta. Orang tua tua kata "tak boleh duduk diam".

Habis SPM, die kerja jual ayam di Bukit Bintang. Ayam untuk makan, bukan untuk maksiat. Rasa hormat gua kat Zaim memang tak pernah padam dalam hal mencari rezeki. Gua dengan Tiong pernah juga kerja sekali jual ayam, tapi besok gua lepak rumah Tiong main Winning Eleven. "Nak berehat-rehat, semalam penat kerja" ujar Tiong. Kami berehat-rehat sampai keputusan SPM keluar. Penat bekerja sehari.

Sampai sekarang Zaim masih kental mencari rezeki. Itu hari dia jual minyak wangi kat gua. Minyak wangi yang satu titik, sebulan tahan. Bukan gua tak mampu beli, tapi tercalar imej gua pakai minyak wangi pergi gig.

Zaim memang betul-betul padu, sebab dia suka join kerja-kerja amal mangsa gempa bumi. Sampai dia sekali pun hilang masa buat kerja amal. Penuh masjid Keramat seminggu buat sembahyang hajat masa dia hilang.



Tapi sekarang gua tabik sama Zaim. Dia dah ada sijil repair kapal terbang. 7 tahun dia belajar nak dapatkan sijil ini. Tatkala rakan-rakan pergi dating, dia dating dengan buku. Spirit dia untuk berjaya memang wajar ditulis dalam sebuah memoir, bukan dalam blog macam gua.

Jarang-jarang anak melayu ada sijil macam ini. Kalau dia lepak KLCC, dia campak jer sijil ni atas meja makan, confirm awek-awek ahli kelab malam, awek yang tak serupa awek, awek orang, awek angkasawan negara, awek kerja kedai hardware dan awek gigi kuning bagi siulan manja kat dia. Semangat dia untuk berjaya buat gua geleng-geleng kepala ketika melihat budak rambut kuning.


Zaim sudah berjaya, lu bila lagi?

Nota Kaki
Memang Zaim sudah ada sijil baiki kapal terbang, tapi kalau dia yang baiki gua nak naik kapal lain. Sebab ada satu hari, bateri kereta dia kong. Dia beli bateri Energizer double A kat 7-11, boleh pakai katanya.

5 comments:

  1. cam gampang la bel ayat2 ko~

    ReplyDelete
  2. terime kasih...tp sape ek SyaSya ni...SyaSya yang gua kenal buat part time kat Lorong Haji Taib malam-malam...

    ReplyDelete
  3. lu malas jual ayam dulu...lu yg heret gua benti keje lepak men game...

    ReplyDelete
  4. gua rasa Zaim ni kalau suruh pam tayar kapal terbang belum tentu lepas nie..kehkehkeh

    ReplyDelete