Friday 21 May 2010

Siri 1: Kak Limah Jong dan Abang Negro

"Pin pin pon pon.." bunyi hon sebuah lori yang melintas lalu depan aku. Pecutan lori tersebut membuatkan aku terpaksa membetulkan gaya rambut aku buat kali kedua.

"Rambut pun berhak diberikan peluang kedua.." bisik aku dalam hati. Lantas aku simpan telefon bimbit aku ke dalam poket seluar sebelah kiri. Jika aku majukan langkah aku setapak lagi, pasti kisah aku akan menjadi tajuk utama salah sebuah akhbar tabloid popular di Tanah Melayu masa kini. "Lelaki 20-an maut gara-gara 'SMS'".

Aku toleh kiri, aku lihat kelibat seorang lelaki India (tidak dikenali) yang tingginya lebih 1 inci dari aku mungkin. Dengan kemeja bercorak bunga berwarna jingga, berseluar slack bercorak garisan tajam di tengah, sepatu hitam dan rambutnya berkilau tersikat rapi, Ramachandran membalas pandangan aku dengan jelingan sinis. Aku membalas dengan satu senyum tanda kemesraan.

"1Senyuman, 1Malaysia.." bisik aku dalam hati sekali lagi tanda aku sahut seruan PM kita. Aku pun tak berapa nak faham tiap-tiap kali PM baru tukar mesti nak ada tagline sendiri. Kadang-kadang aku tengok dah sama macam AF. Yang beza cuma depa tak menyanyi dan berjoget. Kalaulah aku seorang jutawan yang berpengaruh, rancangan realiti mencari apprentice untuk PM pasti akan membuatkan aku lebih kaya-raya.

Bayangkan ahli-ahli politik seperti Bung Mokhtar, KJ, Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali bertanding dan disingkirkan melalui undian SMS. Ditambah dengan rancangan yang lebih berkonsepkan ala-ala Survivor digabungkan dengan Big Brother rancangan ini pasti hits dan mendapat rating mencanak-canak lebih dari drama bersiri Adamaya mahupun Nur Kasih. Adegan tikam menikam sesama sendiri pasti membuatkan rancangan ini lebih dramatik. Mungkin penyertaan Chua Soi Lek sebagai cameo bisa menghangatkan lagi suasana malam yang dingin. Aku tak sabar nak dengar tagline Bung Mokhtar. Pasti mengancam dan bisa menggoncangkan hati gadis-gadis urban di Kuala Lumpur masa kini. Apa yang pasti, jika setiap kali rancangan ini ke udara, undian pukal aku akan jadi milik Bung Mokhtar kerana dia sememangnya selebriti idola aku masa kini.

Aku toleh ke depan lampu pejalan kaki bertukar dari merah ke hijau. Aku cepat-cepat majukan langkah ke seberang jalan. Aku lihat Rama (nama manja Ramachandran) sudah jauh ke depan. Lampu belum lagi hijau dia dah berlari-lari anak ke seberang.

"Apesal lampu pejalan kaki takde warna kuning..?" bisik aku dalam hati tanda keraguan. Aku cukup yakin jika aku ajukan soalan ini kepada Djemba, pasti mulutnya akan mula mencarut-carut. Berkali-kali aku pesan terhadapnya supaya bertutur secara sopan dan menghormati orang tua. Tanpa berlengah aku mengeluarkan telefon bimbit aku lantas meng'sms' Djemba.

"Kehkehkeh.." aku ketawa dalam hati.

"Rah rah ah ah aah..roma roma ma ah..gaga oh la la..want your bad romance" bunyi nada dering 'sms' aku yang baru tanda Djemba sudah balas. Aku toleh kiri dan kanan. Ada seorang gadis yang mengenakan jeans gelap dan blouse putih dengan corak kebiru-biruan jeling-jeling dekat aku. Aku hanya mampu senyum je. ("_")

"Lu pagi-pagi dah bikin hati gua panas..lu call gua skang gua nk mencarut ni.." bentak Djemba ibarat singa yang dibangunkan tidur dengan perut yang lapar.

"Nanti gua suruh awek lu call..lu mencarut la puas2..kehkehkeh.." steady je aku balas. Sekali lagi aku senyum seorang diri.

Sampai aku ke stesen Putra LRT, aku seluk poket kanan seluar aku mencari duit syiling untuk beli tiket ke KLCC. Setelah seketika meraba-raba, tidak aku jumpa satu sen pun. Terpaksa aku guna nota kertas. Aku majukan langkah ke mesin belian tiket automatik. Aku lihat ada 4 mesin kesemuanya. Tetapi 3 mesin rosak dan satu mesin terima duit syiling saja. Seingat aku, keadaan mesin-mesin ni tak ubah seperti 2 minggu yang lepas. Aku mulai rasa kecewa. Aku harap Djemba ada disisi kerana yang pastinya mesin-mesin ini akan dimaki-hamun olehnya.

"Diorang ni makan gaji buta ka?.." bisik aku dalam hati. Darah pahlawan mula mengalir dalam diri aku. Aku mara ke kaunter belian tiket.

"Kak, KLCC satu..kurang manis" order aku gaya order teh tarik kat kedai mamak.

"RM2.10.." balas Kak Limah Jong dengan tegas tanpa senyuman sambil tangan kirinya memegang telefon bimbit. Dari riak air mukanya aku dapat baca mood dia memang lain macam sikit.
Aku rase geng-geng tupperware dia lambat bayar duit kutu kat dia.

Lantas aku hulur nota kertas RM50.

"Memang cari nahas aku ni.." bisik aku dalam hati.

"Takde duit kecik ke.." balas Kak Limah sekali lagi dengan tegas tanpa senyuman.

"Takde la kak.." aku balas dengan sopan disertaikan senyuman yang paling manis aku penah bagi dekat mana-mana jurujual kaunter yang ada di Tanah Melayu ni. Sesungguhnya Kak Limah Jong memang bertuah.

"Lain kali pecah duit dulu.."balas Kak Limah sekali lagi tanpa senyuman ditambahkan dengan mimik mukanya yang semakin ketat. Kali ni aku dapat kesan nada suara sedikit tinggi. Naik half tone. Kalau suruh dia menyanyi aku agak suara nyaring dia boleh sampai 4 octave. Memang pegi.

"Terima kasih.." aku balas dengan sopan walaupun darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh ini makin deras. Aku kecewa dengan attitude Kak Limah yang sebegitu. Aku cuma mengharapkan satu senyuman darinya dan tidak lebih dari itu. Sesungguhnya Kak Limah tidak menghargai peluang kedua yang diberi kepadanya.

Aku majukan langkah aku dan menunggu ketibaan tren dengan penuh sabar dalam keadaan yang panas terik mampu mencecah 40 darjah celcius. Tekak aku makin kering. Kalau dapat pekena cendol pulut saat-saat macam ni tiada apa lagi yang lebih manis. Aku harap aku ada kayu ajaib Harry Potter boleh aku buat magik. Mujur hari minggu tak ramai orang naik LRT. Kalau la hari kerja, tambah dengan perangai Kak Limah Jong tadi dan darah pahlawan yang mengalir deras ni, aku seluk pistol semi-automatik dalam poket seluar aku ni, "Peng Peng Peng" aku tembak semua orang yang tak pakai deodoren kat sini.

Tak sampai 3 minit tren sampai. Darah pahlawan aku dah mula mengurangkan kelajuannya. Aku majukan langkah setelah pintu tren dibuka. Aku toleh kiri dan kanan mencari tempat duduk yang sesuai. Tempat yang lapang sedikit dengan kelibat manusia tetapi ada pemandangan yang indah dan menarik. Setelah seketika, aku lihat seorang pemuda berkulit hitam yang pastinya bukan Rama sedang asyik melayan PSP dengan dipasangkan earphone. Aku tertanya-tanya apakah yang begitu menarik yang menyebabkan dia angguk-angguk sambil senyum seorang diri duk tengok bendalah tu. Aku mara untuk merungkai satu persoalan.

"Yo man, wassup man nigga. What cha doing bro?" sapa aku dalam hati. Kalau aku sapa kuat-kuat, mau tak kena paranawei kat situ jugak. Pelahan-pelahan aku duduk di sebelahnya. Aku jeling PSP dia.

"True..true.." ujar aku kepada Abang Negro sambil menepuk belakang bahunya tanda setuju dan hormat.





Video yang Abang Negro layan sambil angguk-angguk. Tribute to Abg. Negro!

1 comment: