Thursday 10 June 2010

FIFA Copa Del Mundo 2010

No llores por mi Argentina!


"Ni gambar gua masa zaman-zaman rock kapak dulu. Masa ni gua kuat minum arak, hisap dadah dan main judi. Main pompuan jarang-jarang je sebab gua lagi suke main bola."


"Mase gua tengah melantak roti spesel dekat Jalan TAR, gua nampak gambar ni. Gua tanye Haji Kudu dia kata mamat ni memang legend.Gua tengok rambut dia pun gua dah terkedu. Balik hotel jek gua tak buang masa terus on facebook nak add mamat ni. Gua tekan banyak kali tak dapat nak add sebab mamat ni dah banyak kawan. Gua mula naik fedup gua tumbuk meja sedas terus gua add girl kat sebelah tu. Keh keh keh.."


"Keh keh keh. Sekarang sapa lagi legend? Tapi memang gua terhutang budi dengan mamat tu sebab kasi gua minum jus ajaib. Dengan jus ajaib pasti gua menang Piala Dunia 2010."


Mengikut perkiraan aku Piala Dunia 2010 pasti milik Argentina. Pasukan-pasukan lain sekadar pelengkap jadual je nak-nak lagi England. Macam tahun-tahun sebelumnya depa ni obsessed.

Buktinya ada di sini.

"What I want to say to my players is to follow the dream, not make it an obsession, because for us this is a dream and not an obsession - for Barcelona it's not a dream, it's an obsession." Jose Mourinho

Saturday 5 June 2010

Malam Tahun Baru

Seluar jeans memang sinonim dengan rockers ataupun orang perasan rockers. Kalau lu orang tengok rockers zaman dulu-dulu kena pakai seluar jeans. Kalau yang pakai seluar slack mesti geng-geng Jamal Abdillah atau 4U2C. Geng Zamani Slam boleh jugak.  Sejarah seluar jeans asal dari dua tempat. Tempat yang pertama dari negara Thiery Henry, tempat yang bernama Nimes, kalau Thiery Henry sebut De Nimes. Dari situ asal perkataan Denim, fabrik buat jeans. Lagi satu tempat kat India, orang-orang kerja kat laut pakai.

Budaya pakai jeans dipopularkan oleh James Dean, dalam filem Rebel Without a Cause. Fenomena seluar jeans bermula dari James Dean macam fenomena Jusmate5 dari Dr Rozmey.

(Kalau soalan paper sejarah SPM keluar pasal sejarah seluar Jeans, gua yakin gua boleh score paper ni)

Di suatu petang, menjelang tahun baru.

"Mana kita nak sambut tahun baru malam ni?" soal Pink dengan nada yang serius. Rata - rata kami di dalam bilik itu buat acuh tak acuh dengan persoalan yang ditimbulkan. Gua tengah sibuk copy n paste assignment , whinkerthinker dengan EG sibuk bermain winning eleven dan Pemuda Selayang seperti biasa memetik gitar mencari ilham. Melihat gaya petikan gitar Pemuda Selayang agak syahdu bunyinya. Masalah soal hati barangkali. Gua geleng - geleng kepala.

"Praaaahhhhhhhhh"

Bunyi meja terbalik.

"Korang dengar tak aku tanya tadi!" Pink meninggikan suara. Dadanya berdegup kencang, menahan marah. Gaya macam bapak orang nak dera anak. Kami buat endah tak endah. Bukan pertama kali situasi ini berlaku. 

"Pukul limaaaaaa tunggu kat LRT Kerinchiiiiiiii, pakai jeans, image rockers" balas Pemuda Selayang dengan nada lagu Janji Manismu sambil memetik gitar. Berat sungguh masalah Pemuda Selayang kali ini.

LRT Kerinchi, jam 5 petang.

Kami tiba dengan bergaya.


Rata-rata yang memandang kami hanya sebelah mata. Ada yang menjeling kemudian meludah dengan penuh kebencian. Ada yang mengusyar, tapi bila gua usyar balik dengan garang, ada yang pura-pura bersiul-siul dan memandang ke langit, ada yang pura-pura menjawab panggilan telefon, ada yang lari bertempiaran, ada yang pura-pura jadi tiang elektrik, ada yang pura-pura kena sawan dan ada juga yang datang minta autograph. " abang semua ni ahli kumpulan rock ye?" gua senyum bangga.

Ternyata imej kami yang garang berjaya membuat orang takut. 

"Lu gi beli tiket dulu untuk lima orang pergi KLCC, gua nak hisap rokok" arah gua kepada Pemuda Selayang. Gua nyala rokok, hembus dua tiga pam. Puas.

Keadaan di stesyen LRT seperti biasa penuh dengan kenderaan. Ada bas, motor, kereta dan tidak kurang ada juga jentolak untuk kerja merata jalan. Terlintas di fikiran gua, kerja-kerja meratakan jalan di bandaraya Kuala Lumpur tidak pernah ada penghujung. Walaupun jalan sudah rata macam kulit gua, minggu depan  korek balik, ratakan balik. DBKL memang ada department ratakan jalan agaknya. 

Rata - rata kereta dan motorsikal disitu berhenti untuk mengambil orang balik kerja. Ambil bini,laki, adik,kakak, mak tiri dan tidak kurang juga ada yang pakai smart-smart duduk atas motor dan bersiul-siul ketika awek melintas. "Tak urban langsung cara lu nak ngorat, inilah akibatnya terlalu banyak menonton filem Yusof Haslam anak beranak" getus gua dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat takut kena hayun dengan helmet.

Dari jauh gua lihat ada sepasang suami isteri cacat penglihatan memegang tongkat dengan gaya menunggu sesuatu. Anak barangkali. Kebanyakkan orang-orang di sekeliling buat endah tak endah. Dari orang berpakaian kerja pejabat hingga geng-geng hisap dadah semua langsung tidak peduli. Sibuk memikirkan hal kerja barangkali. Gua berjalan perlahan menuju ke arah pasangan itu. Gua angkat dan alihkan  geng-geng hisap dadah yang menghalang laluan gua. " Lu tido tepi sikit boleh tak?" sergah gua.

"Errr pakcik nak pergi mana?" tanya gua lembut dan bersopan santun. Gua jeling mamat yang berpakaian kemas berdiri di sebelah pakcik buta. "Macam ni cara nak cakap ngan orang tua" kata hati gua.

"Pakcik nak naik bas nombor 24 balik kampung kerinchi" balas pakcik buta. Kebetulan di depan stesyen LRT, bas nombor 24 sedang menunggu.

"Saya pimpin pakcik naik bas, pakcik ikut saya ya" kata gua lembut.

Gua pimpin tangan pakcik buta berjalan menaiki bas. Pakcik buta itu menggenggam kemas tangan isterinya yang buta. Betul kata orang - orang tua "Cinta itu buta". Pakcik buta itu tersenyum ketika isterinya menggenggam tangannya. Walaupun buta mata, ternyata hati mereka tidak buta.

Tangan yang dianugerahkan digunakan sebaiknya oleh pakcik buta untuk memimpin, bukan untuk lempang bini, seterika anak, campak bayi dalam tong sampah, conteng-conteng nombor telefon awek dalam tandas, hisap dadah mahupun menulis nombor ketika membeli nombor ekor di kedai Magnum 4D. 

 "Tolong berhenti di Kampung Kerinchi bang" kata gua kepada pemandu bas. Pemandu bas angguk lalu senyum melihat pasangan itu duduk.

Bas berlalu pergi dan gua senyum kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sosial gua. Gua rasa tidak perlu bergaya macam manager bank pun boleh tolong orang buta. 

Betul kata - kata orang putih. "Don't  judge the book by it's cover"


Nota kaki

Malam tu sambutan tak berapa nak meriah. Kami salah event. Ini semua salah Pemuda Selayang. Jiwa kacau. Dia seorang yang enjoy. 



Antara lagu yang dinyanyikan dalam konsert.

Nasib baik kami tak kena pukul dengan budak Hip Hop. Kami sempat tukar imej untuk mengelak berlaku pertelingkahan.

Gaya baru kami untuk mengelak di pukul.