Sunday 2 May 2010

Hikayat Merong Mahawangsa

Di suatu petang yang hening, 3 sahabat sedang menikmati secawan kopi di sebuah kedai kopi kontroversi yang boleh dikatakan sedang meningkat naik di Tanah Melayu pada abad kini. Dulu, aku juga selalu membuang masa dan wang di kedai tersebut. Namun setelah aku sedar tentang polisi 'franchise' nya yang berbaur perkauman, darah aku mula naik. Piring-piring mula berterbangan. Aku mula mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap kedai kopi tersebut. Walau bagaimana pun, kita lupakan kisah kedai kopi tersebut. Ada isu yang lebih penting sini. Perbualan penting 3 sahabat ini bakal merubah senario industri perfileman negara. Ikuti perbualan mereka di bawah.


PRM:
Dik, bagi I kopi putih panas satu. Tarik eh. (Sambil membuka 'laptop'nya seperti trend kebanyakkan muda-mudi sekarang yang lepak main 'facebook' kat kedai kopi yang ada 'wi-fi')

PKK:
Bang, sini semua kopi hitam. Kopi putih tak jual. (Dengan selamba dia balas)

PRM:
Dik, kopi putih tu 'white coffee' la. Apa bendui sangat hang ni. Baik hang pi tarik kopi tu la ni sebelum aku tarik telinga hang. (Dalam loghat utara)

PKK:
Ooo..hehe..maaf bang. Saya pergi sekarang.

Kelihatan DT dan DRR (teman karib PRM) baru tiba dengan menaik sebuah kereta mewah Eropah cermin 'tinted' gelap 90%, 'sport rim' 19 inci dengan tayar cap 'Continental' dan yang paling penting nombor plat 2 angka. Jarang ada anak melayu pakai kereta macam ni.

PRM:
Awat hangpa lambat? Pi 'massage' dulu ka? tak ajak aku no.

DRR:
Oloh masah kok celoh mano gak. Jale jeng gilo bro. (Dalam loghat Kelantan 'kaw' punya)

DT:
Jalan manyak jam wo Zack (nama manja PRM). Kalau ini macam ali-ali aa, ali-ali wa kena sakit jantung wo. (Dalam pelat cina nya)

PRM:
Hangpa suma nak minum apa. Aku buka meja hari ni.

DT:
Apa pasai lu mau buka meja. Ini meja wa tengok ok ja.

DRR:
Bro Dave (nama manja DT), mung ni, bodo sengoti la. Bodo mace fileng-fileng mung. Buko mejo tu 'open table' la. Dik, abe nok minung teh 'o' beng lima tokse gulo, tokse lima dale air, butir lima tu buwe, 'straw' wi duo. Bereh bro.

DT:
Helo Jimi (nama manja DRR). Sebodoh-bodoh flem wa, wa sudah ada 37 flem. Lu baru bikin satu pn mau kecoh ka?. Dik, kasi wa itu air panas sama sudu satu. (Sambil mengeluarkan sepeket '3 in 1' Kopi Jantan dari poket seluarnya)

PKK:
Errr...ok bang, siap. (Buat-buat faham)

PRM:
Hang ni Dave, perangai buruk betui macam dulu juga. Hangpa sekalian, aku panggil hangpa lepak ni sebab ada berita penting.

DRR:
Gapo dio bro?

DT:
Apa..apa?

PRM:
Hangpa jangan mencelah boleh tak. Aku nak habaq la ni. Hang layan dulu klip video ni...





5 minit pun berlalu. Kelihatan DT terlopong mulutnya sejerus selepas klip video itu tamat dimainkan sambil tangan kirinya menepuk dahi sendiri tanda terkejut ibarat sireh pulang ke gagang. Manakala DRR berlagak 'steady' sambil mengeluarkan telefon bimbit berjenama mewahnya dan kelihatan sedang meng'sms' seseorang. Isteri tercinta barangakali. Yang pastinya moral mereka ketika ini memang ibarat jatuh ditimpa tangga lalu dipijak oleh orang buta dan diludah oleh pengemis di Jalan TAR.


DT:
Ini macam, lu punya flem Zack tak boleh cari makan woo. 10 biji flem lu pn tak boleh lawan ini flem. Lu kena berenti bikin flem lawak-lawak bodo lu tu. Kalau mau bikin flem lawak, lu ikut wa punya flem. Gerenti melatop. Booom!

PRM:
Hang jangan duk wat leceh Dave. Sekali aku silambam juling mata hang satu lagi. Hang punya filem pon lawak bodo macam hang jugak. Hang pasai pa senyap Jimi. Aku ingat hang tak payah sibuk-sibuk nak buat filem la. Hang buat ja 'MLM' hang tu senyap-senyap. Filem baru hang tu aku ingat takdak sapa nak mai tengok pun.

DRR:
Bro, fileng aku mesti netuk sebak fileng aku laing dari hok laing. Tok mace fileng pok-pok mung, lawok bodo pah ko ceroh.


Hah..Gaduh la hangpa semua. Apa-apa pun setelah aku menonton 'trailer' filem tersebut, aku memang tabik dekat 'bro-bro' KRU. Memang ada visi. Habis RM10juta untuk satu filem tapi dapat untung RM20juta. Lebih baik dari habis RM10juta untuk 10 filem tapi untung sama RM20juta. Kualiti lebih bermakna dari kuantiti. Tapi aku harap filem ini indah rupa dari khabar. Aku mengharapkan agar Stephen Rahman Hughes dan Jehan Miskin pergi gim lebih masa sikit sebelum bikin filem ni. Kasi 'tough' sikit macam P. Diddy atau Didier Drogba baru gadis-gadis dia luar sana telan air liur nak tengok filem ni. Secara tak langsung ini merupakan strategi pemasaran yang bagus.

Aku harap akan ada ramai lagi pembikin-pembikin filem aksi Tanah Melayu abad kini yang punya visi sebegini. Sokonglah industri perfileman tempatan!


notakaki:

PRM = Prof Razak Mohaiden
DT = David Teoh
DRR = D R Rozmey
PKK = Pelayan Kedai Kopi






3 comments:

  1. penulis mmg seorang hebat.. bangsa membaca bangsa berjaya

    ReplyDelete
  2. saya suka cara anda bercerita. barangkali.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. barangkali ka?

    ReplyDelete