Friday 28 May 2010

Holiday...

Gua dah lama tak holiday macam brader-brader kat bawah ni...


Friday 21 May 2010

Siri 1: Kak Limah Jong dan Abang Negro

"Pin pin pon pon.." bunyi hon sebuah lori yang melintas lalu depan aku. Pecutan lori tersebut membuatkan aku terpaksa membetulkan gaya rambut aku buat kali kedua.

"Rambut pun berhak diberikan peluang kedua.." bisik aku dalam hati. Lantas aku simpan telefon bimbit aku ke dalam poket seluar sebelah kiri. Jika aku majukan langkah aku setapak lagi, pasti kisah aku akan menjadi tajuk utama salah sebuah akhbar tabloid popular di Tanah Melayu masa kini. "Lelaki 20-an maut gara-gara 'SMS'".

Aku toleh kiri, aku lihat kelibat seorang lelaki India (tidak dikenali) yang tingginya lebih 1 inci dari aku mungkin. Dengan kemeja bercorak bunga berwarna jingga, berseluar slack bercorak garisan tajam di tengah, sepatu hitam dan rambutnya berkilau tersikat rapi, Ramachandran membalas pandangan aku dengan jelingan sinis. Aku membalas dengan satu senyum tanda kemesraan.

"1Senyuman, 1Malaysia.." bisik aku dalam hati sekali lagi tanda aku sahut seruan PM kita. Aku pun tak berapa nak faham tiap-tiap kali PM baru tukar mesti nak ada tagline sendiri. Kadang-kadang aku tengok dah sama macam AF. Yang beza cuma depa tak menyanyi dan berjoget. Kalaulah aku seorang jutawan yang berpengaruh, rancangan realiti mencari apprentice untuk PM pasti akan membuatkan aku lebih kaya-raya.

Bayangkan ahli-ahli politik seperti Bung Mokhtar, KJ, Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali bertanding dan disingkirkan melalui undian SMS. Ditambah dengan rancangan yang lebih berkonsepkan ala-ala Survivor digabungkan dengan Big Brother rancangan ini pasti hits dan mendapat rating mencanak-canak lebih dari drama bersiri Adamaya mahupun Nur Kasih. Adegan tikam menikam sesama sendiri pasti membuatkan rancangan ini lebih dramatik. Mungkin penyertaan Chua Soi Lek sebagai cameo bisa menghangatkan lagi suasana malam yang dingin. Aku tak sabar nak dengar tagline Bung Mokhtar. Pasti mengancam dan bisa menggoncangkan hati gadis-gadis urban di Kuala Lumpur masa kini. Apa yang pasti, jika setiap kali rancangan ini ke udara, undian pukal aku akan jadi milik Bung Mokhtar kerana dia sememangnya selebriti idola aku masa kini.

Aku toleh ke depan lampu pejalan kaki bertukar dari merah ke hijau. Aku cepat-cepat majukan langkah ke seberang jalan. Aku lihat Rama (nama manja Ramachandran) sudah jauh ke depan. Lampu belum lagi hijau dia dah berlari-lari anak ke seberang.

"Apesal lampu pejalan kaki takde warna kuning..?" bisik aku dalam hati tanda keraguan. Aku cukup yakin jika aku ajukan soalan ini kepada Djemba, pasti mulutnya akan mula mencarut-carut. Berkali-kali aku pesan terhadapnya supaya bertutur secara sopan dan menghormati orang tua. Tanpa berlengah aku mengeluarkan telefon bimbit aku lantas meng'sms' Djemba.

"Kehkehkeh.." aku ketawa dalam hati.

"Rah rah ah ah aah..roma roma ma ah..gaga oh la la..want your bad romance" bunyi nada dering 'sms' aku yang baru tanda Djemba sudah balas. Aku toleh kiri dan kanan. Ada seorang gadis yang mengenakan jeans gelap dan blouse putih dengan corak kebiru-biruan jeling-jeling dekat aku. Aku hanya mampu senyum je. ("_")

"Lu pagi-pagi dah bikin hati gua panas..lu call gua skang gua nk mencarut ni.." bentak Djemba ibarat singa yang dibangunkan tidur dengan perut yang lapar.

"Nanti gua suruh awek lu call..lu mencarut la puas2..kehkehkeh.." steady je aku balas. Sekali lagi aku senyum seorang diri.

Sampai aku ke stesen Putra LRT, aku seluk poket kanan seluar aku mencari duit syiling untuk beli tiket ke KLCC. Setelah seketika meraba-raba, tidak aku jumpa satu sen pun. Terpaksa aku guna nota kertas. Aku majukan langkah ke mesin belian tiket automatik. Aku lihat ada 4 mesin kesemuanya. Tetapi 3 mesin rosak dan satu mesin terima duit syiling saja. Seingat aku, keadaan mesin-mesin ni tak ubah seperti 2 minggu yang lepas. Aku mulai rasa kecewa. Aku harap Djemba ada disisi kerana yang pastinya mesin-mesin ini akan dimaki-hamun olehnya.

"Diorang ni makan gaji buta ka?.." bisik aku dalam hati. Darah pahlawan mula mengalir dalam diri aku. Aku mara ke kaunter belian tiket.

"Kak, KLCC satu..kurang manis" order aku gaya order teh tarik kat kedai mamak.

"RM2.10.." balas Kak Limah Jong dengan tegas tanpa senyuman sambil tangan kirinya memegang telefon bimbit. Dari riak air mukanya aku dapat baca mood dia memang lain macam sikit.
Aku rase geng-geng tupperware dia lambat bayar duit kutu kat dia.

Lantas aku hulur nota kertas RM50.

"Memang cari nahas aku ni.." bisik aku dalam hati.

"Takde duit kecik ke.." balas Kak Limah sekali lagi dengan tegas tanpa senyuman.

"Takde la kak.." aku balas dengan sopan disertaikan senyuman yang paling manis aku penah bagi dekat mana-mana jurujual kaunter yang ada di Tanah Melayu ni. Sesungguhnya Kak Limah Jong memang bertuah.

"Lain kali pecah duit dulu.."balas Kak Limah sekali lagi tanpa senyuman ditambahkan dengan mimik mukanya yang semakin ketat. Kali ni aku dapat kesan nada suara sedikit tinggi. Naik half tone. Kalau suruh dia menyanyi aku agak suara nyaring dia boleh sampai 4 octave. Memang pegi.

"Terima kasih.." aku balas dengan sopan walaupun darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh ini makin deras. Aku kecewa dengan attitude Kak Limah yang sebegitu. Aku cuma mengharapkan satu senyuman darinya dan tidak lebih dari itu. Sesungguhnya Kak Limah tidak menghargai peluang kedua yang diberi kepadanya.

Aku majukan langkah aku dan menunggu ketibaan tren dengan penuh sabar dalam keadaan yang panas terik mampu mencecah 40 darjah celcius. Tekak aku makin kering. Kalau dapat pekena cendol pulut saat-saat macam ni tiada apa lagi yang lebih manis. Aku harap aku ada kayu ajaib Harry Potter boleh aku buat magik. Mujur hari minggu tak ramai orang naik LRT. Kalau la hari kerja, tambah dengan perangai Kak Limah Jong tadi dan darah pahlawan yang mengalir deras ni, aku seluk pistol semi-automatik dalam poket seluar aku ni, "Peng Peng Peng" aku tembak semua orang yang tak pakai deodoren kat sini.

Tak sampai 3 minit tren sampai. Darah pahlawan aku dah mula mengurangkan kelajuannya. Aku majukan langkah setelah pintu tren dibuka. Aku toleh kiri dan kanan mencari tempat duduk yang sesuai. Tempat yang lapang sedikit dengan kelibat manusia tetapi ada pemandangan yang indah dan menarik. Setelah seketika, aku lihat seorang pemuda berkulit hitam yang pastinya bukan Rama sedang asyik melayan PSP dengan dipasangkan earphone. Aku tertanya-tanya apakah yang begitu menarik yang menyebabkan dia angguk-angguk sambil senyum seorang diri duk tengok bendalah tu. Aku mara untuk merungkai satu persoalan.

"Yo man, wassup man nigga. What cha doing bro?" sapa aku dalam hati. Kalau aku sapa kuat-kuat, mau tak kena paranawei kat situ jugak. Pelahan-pelahan aku duduk di sebelahnya. Aku jeling PSP dia.

"True..true.." ujar aku kepada Abang Negro sambil menepuk belakang bahunya tanda setuju dan hormat.





Video yang Abang Negro layan sambil angguk-angguk. Tribute to Abg. Negro!

Monday 17 May 2010

Tribute

Radio berkumandang lagu Aril AF "Menatap Wajahmu". Ah pagi pagi sudah buat hati gua tak tenteram. Gua capai pistol bawah bantal. "POW POW", dua das tembakan tepat kene alarm clock gua. Kerana nyamuk seekor, habis satu kelambu di bakar. Mentaliti kelas ketiga gua masih belum di ubah.

Gua capai laptop, buka Fesbuk. Seperti biasa status Fesbuk yang rata-rata meluahkan emosi tanpa menyatakan terhadap siapa. Seperti bermain teka teki setiap kali membaca status Fesbuk. Terhibur seketika melayan teka-teki.

Gua tersenyum bangga melihat satu gambar yang di tag dalam profil gua.

"Alhamdulillah, berjaya jugak" getus hati gua.

Memori silam gua bermain-main seperti filem. Gua ada seorang sahabat baik yang gua dah kenal dari tahun 1999. Nama dia Zaim, orang kampung panggil Zaim , di sekolah panggil Bendi dan satu ketika orang panggil dia Doy. Masalah personaliti diri pada kiraan gua.

Perjalanan hidup dia pada amatan gua tidaklah seperti mana-mana belia yang gua kenal. Dari sekolah lagi gua ada firasat dia ni lain macam sikit pe'el dia. Dari aktiviti seni persembahan tarian kuda sampai aktiviti haram mencuri ayam kat dewan makan semua dia turut serta. Orang tua tua kata "tak boleh duduk diam".

Habis SPM, die kerja jual ayam di Bukit Bintang. Ayam untuk makan, bukan untuk maksiat. Rasa hormat gua kat Zaim memang tak pernah padam dalam hal mencari rezeki. Gua dengan Tiong pernah juga kerja sekali jual ayam, tapi besok gua lepak rumah Tiong main Winning Eleven. "Nak berehat-rehat, semalam penat kerja" ujar Tiong. Kami berehat-rehat sampai keputusan SPM keluar. Penat bekerja sehari.

Sampai sekarang Zaim masih kental mencari rezeki. Itu hari dia jual minyak wangi kat gua. Minyak wangi yang satu titik, sebulan tahan. Bukan gua tak mampu beli, tapi tercalar imej gua pakai minyak wangi pergi gig.

Zaim memang betul-betul padu, sebab dia suka join kerja-kerja amal mangsa gempa bumi. Sampai dia sekali pun hilang masa buat kerja amal. Penuh masjid Keramat seminggu buat sembahyang hajat masa dia hilang.



Tapi sekarang gua tabik sama Zaim. Dia dah ada sijil repair kapal terbang. 7 tahun dia belajar nak dapatkan sijil ini. Tatkala rakan-rakan pergi dating, dia dating dengan buku. Spirit dia untuk berjaya memang wajar ditulis dalam sebuah memoir, bukan dalam blog macam gua.

Jarang-jarang anak melayu ada sijil macam ini. Kalau dia lepak KLCC, dia campak jer sijil ni atas meja makan, confirm awek-awek ahli kelab malam, awek yang tak serupa awek, awek orang, awek angkasawan negara, awek kerja kedai hardware dan awek gigi kuning bagi siulan manja kat dia. Semangat dia untuk berjaya buat gua geleng-geleng kepala ketika melihat budak rambut kuning.


Zaim sudah berjaya, lu bila lagi?

Nota Kaki
Memang Zaim sudah ada sijil baiki kapal terbang, tapi kalau dia yang baiki gua nak naik kapal lain. Sebab ada satu hari, bateri kereta dia kong. Dia beli bateri Energizer double A kat 7-11, boleh pakai katanya.

Friday 7 May 2010

Parking

Di sebuah daerah di Amerika..

Dup Dap Dup Dap...

Jantung gua berdegup kencang. Arteri gua mengecut. Otak gua makin sempit. Jiwa gua makin kacau. Hati makin tak tenteram.

" In eight hundred meters, exit left and arriving destination" ujar awek GPS. Gua hampir hampir jatuh cinta dengan awek GPS sebab suara dia merdu. Gua tekan pedal minyak, RPM naik sampai 7, enjin gegar bagai nak pecah. Rata-rata jarang anak Malaysia yang ada GPS dan memandu di Amerika. Gua nak senyum bangga macam biasa tapi keadaan semakin genting....

" Arriving at destination" ujar awek GPS lembut. Gua hampir jatuh cinta lagi.

"Parking penuh" getus gua. Ada satu tempat kosong, terus gua drift masuk parking. Sengih-sengih gua bangga.

Dari jauh gua nampak kelibat seorang polis naik motorsikal macam dalam cerite terminator datang menuju ke arah kereta gua. Tak ubah seperti polis jahat dalam terminator 2. Cepat-cepat gua capai jaket kulit hitam, spek hitam dan meraba-raba kat seat belakang, tempat biasa gua letak pump gun. Jari kanan gua dah ready nak tarik picu kalau tangan polis tu bertukar jadi besi lembut.

Hati gua makin tak tenteram, Perut gua makin meroyan. "Time gua sakit perot la lu nak ajak main tembak-tembak".

"Sir, u can't park here, this place reserve for handicap driver" ujar Polis Jahat sambil jari kanan tunjuk ke arah signboard.

"Ah apa beza gua dengan orang handicap, perut gua buat gua jadi handicap" getus gua dalam hati.

Gua sengih-sengih malu, gua bukak spek hitam, simpan jaket dan sorokkan pump gun gua. Gua terus parking kat tempat lain.

"Kecik benar signboard untuk parking orang kurang upaya", gua masih living in denial.

*2 minggu sebelum, di The Curve,Kuala Lumpur*

Parking penuh, tempat orang kurang upaya pun penuh. Gua berhenti kereta kat tepi, usyar line kalau ada kereta nak keluar.

Dari jauh gua usyar ada 2 mamat berbadan sempurna dan gigi tersusun rapi beramah mesra sambil berjalan. Gua agak sceptical melihat gaya mereka bermesra. Hubungan cinta terlarang pada kiraan gua. Gaya pemakaian baju sukan seperti baru pulang dari gymnasium. Gua buat acuh tak acuh.

"Tit Tit" bunyi sistem penggera kenderaan. Gua tengok diorang masuk kereta dan kerete itu diletakkan di tempat letak orang kurang upaya.

"Cacat mental" ujar hati gua spontan.


Sunday 2 May 2010

Hikayat Merong Mahawangsa

Di suatu petang yang hening, 3 sahabat sedang menikmati secawan kopi di sebuah kedai kopi kontroversi yang boleh dikatakan sedang meningkat naik di Tanah Melayu pada abad kini. Dulu, aku juga selalu membuang masa dan wang di kedai tersebut. Namun setelah aku sedar tentang polisi 'franchise' nya yang berbaur perkauman, darah aku mula naik. Piring-piring mula berterbangan. Aku mula mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap kedai kopi tersebut. Walau bagaimana pun, kita lupakan kisah kedai kopi tersebut. Ada isu yang lebih penting sini. Perbualan penting 3 sahabat ini bakal merubah senario industri perfileman negara. Ikuti perbualan mereka di bawah.


PRM:
Dik, bagi I kopi putih panas satu. Tarik eh. (Sambil membuka 'laptop'nya seperti trend kebanyakkan muda-mudi sekarang yang lepak main 'facebook' kat kedai kopi yang ada 'wi-fi')

PKK:
Bang, sini semua kopi hitam. Kopi putih tak jual. (Dengan selamba dia balas)

PRM:
Dik, kopi putih tu 'white coffee' la. Apa bendui sangat hang ni. Baik hang pi tarik kopi tu la ni sebelum aku tarik telinga hang. (Dalam loghat utara)

PKK:
Ooo..hehe..maaf bang. Saya pergi sekarang.

Kelihatan DT dan DRR (teman karib PRM) baru tiba dengan menaik sebuah kereta mewah Eropah cermin 'tinted' gelap 90%, 'sport rim' 19 inci dengan tayar cap 'Continental' dan yang paling penting nombor plat 2 angka. Jarang ada anak melayu pakai kereta macam ni.

PRM:
Awat hangpa lambat? Pi 'massage' dulu ka? tak ajak aku no.

DRR:
Oloh masah kok celoh mano gak. Jale jeng gilo bro. (Dalam loghat Kelantan 'kaw' punya)

DT:
Jalan manyak jam wo Zack (nama manja PRM). Kalau ini macam ali-ali aa, ali-ali wa kena sakit jantung wo. (Dalam pelat cina nya)

PRM:
Hangpa suma nak minum apa. Aku buka meja hari ni.

DT:
Apa pasai lu mau buka meja. Ini meja wa tengok ok ja.

DRR:
Bro Dave (nama manja DT), mung ni, bodo sengoti la. Bodo mace fileng-fileng mung. Buko mejo tu 'open table' la. Dik, abe nok minung teh 'o' beng lima tokse gulo, tokse lima dale air, butir lima tu buwe, 'straw' wi duo. Bereh bro.

DT:
Helo Jimi (nama manja DRR). Sebodoh-bodoh flem wa, wa sudah ada 37 flem. Lu baru bikin satu pn mau kecoh ka?. Dik, kasi wa itu air panas sama sudu satu. (Sambil mengeluarkan sepeket '3 in 1' Kopi Jantan dari poket seluarnya)

PKK:
Errr...ok bang, siap. (Buat-buat faham)

PRM:
Hang ni Dave, perangai buruk betui macam dulu juga. Hangpa sekalian, aku panggil hangpa lepak ni sebab ada berita penting.

DRR:
Gapo dio bro?

DT:
Apa..apa?

PRM:
Hangpa jangan mencelah boleh tak. Aku nak habaq la ni. Hang layan dulu klip video ni...





5 minit pun berlalu. Kelihatan DT terlopong mulutnya sejerus selepas klip video itu tamat dimainkan sambil tangan kirinya menepuk dahi sendiri tanda terkejut ibarat sireh pulang ke gagang. Manakala DRR berlagak 'steady' sambil mengeluarkan telefon bimbit berjenama mewahnya dan kelihatan sedang meng'sms' seseorang. Isteri tercinta barangakali. Yang pastinya moral mereka ketika ini memang ibarat jatuh ditimpa tangga lalu dipijak oleh orang buta dan diludah oleh pengemis di Jalan TAR.


DT:
Ini macam, lu punya flem Zack tak boleh cari makan woo. 10 biji flem lu pn tak boleh lawan ini flem. Lu kena berenti bikin flem lawak-lawak bodo lu tu. Kalau mau bikin flem lawak, lu ikut wa punya flem. Gerenti melatop. Booom!

PRM:
Hang jangan duk wat leceh Dave. Sekali aku silambam juling mata hang satu lagi. Hang punya filem pon lawak bodo macam hang jugak. Hang pasai pa senyap Jimi. Aku ingat hang tak payah sibuk-sibuk nak buat filem la. Hang buat ja 'MLM' hang tu senyap-senyap. Filem baru hang tu aku ingat takdak sapa nak mai tengok pun.

DRR:
Bro, fileng aku mesti netuk sebak fileng aku laing dari hok laing. Tok mace fileng pok-pok mung, lawok bodo pah ko ceroh.


Hah..Gaduh la hangpa semua. Apa-apa pun setelah aku menonton 'trailer' filem tersebut, aku memang tabik dekat 'bro-bro' KRU. Memang ada visi. Habis RM10juta untuk satu filem tapi dapat untung RM20juta. Lebih baik dari habis RM10juta untuk 10 filem tapi untung sama RM20juta. Kualiti lebih bermakna dari kuantiti. Tapi aku harap filem ini indah rupa dari khabar. Aku mengharapkan agar Stephen Rahman Hughes dan Jehan Miskin pergi gim lebih masa sikit sebelum bikin filem ni. Kasi 'tough' sikit macam P. Diddy atau Didier Drogba baru gadis-gadis dia luar sana telan air liur nak tengok filem ni. Secara tak langsung ini merupakan strategi pemasaran yang bagus.

Aku harap akan ada ramai lagi pembikin-pembikin filem aksi Tanah Melayu abad kini yang punya visi sebegini. Sokonglah industri perfileman tempatan!


notakaki:

PRM = Prof Razak Mohaiden
DT = David Teoh
DRR = D R Rozmey
PKK = Pelayan Kedai Kopi