Tuesday 14 December 2010

Good luck appears at the foot of the chicken...

Los hombres buenos siempre ha tenido malas suertes...

Good men always had bad lucks...

laki-laki yang baik selalu memiliki keberuntungan yang buruk...

Monday 15 November 2010

Antara KLCC dan Brad Pitt

Gua syak budak laki ni ada iras-iras Brad Pitt tak pon Jehan Miskin. Dak pompuan tu pulak calon berlakon Legally Blonde 3.


Susah sangat kot nak pilih antara KLCC ngan Brad Pitt.

Gua dulu masa muda-muda dating pun tukar-tukar biodata. Dari situ gua boleh tahu warna kegemaran ngan pengalaman pahit makwe-makwe ini macam mane. Standard jawapan untuk kenangan pahit "ketika berpisah dengan seseorang" padahal umur baru 13 tahun. Chet!! Kat bawah biodata tu sign ngan tulis "Remember me always". Sebelum tukar-tukar biodata letak bedak wangi kat surat tu...

Hidup bukan sekadar untuk couple,break, cakap org bodoh, nangis sebab kene tinggal, cium-cium di khalayak ramai. Tak perlu menangis untuk semua itu.Banyak lagi benda yang berfaedah kat dunia ni kita boleh buat seperti menulis sebuah memoir tentang kisah lu. 

Monday 1 November 2010

Hari Arthur, Pesta Di Bulan October, Helowin

Hari Arthur di sambut setiap tahun kat benua Eropah. Sempena memperingati Uncle Arthur, pengasas arak cap Guiness.

Pesta Oktober atau omputih cakap Octoberfest, disambut di Jerman dan Adolf Hitler sempena memperingati hari kawin Raja Jerman. Dulu dulu depa takde mabuk - mabuk minum arak. Depa cuma melantak macam orang gila.

Helowin disambut setiap tahun bagi memperingati All Saints Day. Gua pon takder idea ape bende All Saints Day tu. Gua sambut Maal Hijrah je tiap-tiap tahun. Orang sekular sambut Helowin ni dengan menyamar jadi hantu. Masa Helowin, hantu dapat cuti tahunan, sebab ramai yang nak menyamar jadi depa.

Hari Arthur,Pesta October dan Helowin, gua tak nampak kat mana konsep 1Malaysia kat sini. Gua sampai sekarang tak faham, apsal nak sambut hari yang takde faedah ni. Buat konsert, buat pesta..

Kerajaan patut ambil tindakan tegas dengan pesta-pesta macam ni. Jangan sampai ada orang pakai kostum helowin ngan hidang arak masa hari raya

***************

Gua terbayang dialog tahun 2020 antara gua ngan anak gua yang ada mix Cina:

Gua : Kenapa tak pergi sekolah hari ni?

Anak gua : Hari ni kan public holiday

Gua : Eh kenapa hari ni public holiday?

Anak gua : Kan semalam kerajaan Malaysia umumkan, Hari Arthur jadi public holiday, kerajaan suruh buat tahlil malam ni kat mendiang Uncle Arthur...

****************

p/s : Malaysia jadi hub hiburan malam?

Tuesday 31 August 2010

SePagi di Ampang..

"bangun...bangun...bangun" cicip burung raja udang. Rama-rama berterbangan hinggap di anjung katil bercorak inggeris gua...

Gua buka mata lantas menggeliat. "kruukk krrukk kruukkk" bunyi tulang belakang gua parking kasi lurus-lurus. Aliran darah gua menjadi normal. Tak bengkang bengkok macam lebuhraya karak. Gua nak bangkit, tapi jimmy, nama manja katil gua, menarik-menarik badan gua supaya jangan ditinggalkan.

Gua buka tingkap. Orang tua-tua cakap bangun pagi buka tingkap nanti rezeki murah. "Selamat pagi" sapa 2 ekor burung merpati sejoli serentak. Seekor harimau kumbang mengangkat tangan tanda hormat. Gua membalas dengan senyuman nipis.

Gua basuh muka dan gosok gigi. Gua menatap bentuk badan gua di cermin. Ahh tak sia-sia gua amalkan  cara hidup sihat. Penuh dengan otot dan tiada lebihan lemak.

Gua melangkah malas menuju ladang anggur dan ladang oren di belakang rumah. Matahari baru nak acah-acah keluar. "Nak buat juice untuk sarapan kena pakai buah-buahan segar" pesan jiran gua, Uncle John Wayne. Gua petik empat lima biji buah oren dan empat lima tangkai buah anggur, cukup untuk gua sekeluarga bersarapan. Gua singgah ladang ayam gua, ambil 4-5biji telur ayam yang baru menetas. "Baru Organik, sihat gua sekeluarga" ujar gua dalam hati.

Gua pass buahan yang baru dipetik tadi ke orang gaji gua berbangsa Inggeris. Gua berjalan menuju stable kuda belakang rumah, gua buka ikatan kuda unikorn gua, letak pelana kat belakang terus gua naik. Gua bisik kat telinga unikorn gua "kedai nasi lemak pasar basah kg pandan"

Unikorn gua terus membuka langkah tanpa membantah. Bau nasi lemak kukus semakin menusuk hidung gua...

(kronik dah gua ni, kene balik Malaysia cepat ni)

Friday 6 August 2010

Prebiu : Predators

Baru - baru ini gua dapat jemputan menonton filem Predators terbaru.  Gua bukan seorang pengkritik tetap filem macam Uwei Shaari atau Eman Manan. Cuma gua dijemput menonton beramai-ramai sebagai aktiviti tetap hujung minggu.

Jalan cerita yang sangat tipikal. Sekumpulan manusia dihantar ke sebuah planet sebagai bahan uji kaji untuk lawan Predators. Cerita-cerita bercorak survival ini biasanya akan ada seorang ketua yang bertubuh sempurna, seorang awek seksi yang akan jatuh cinta dengan ketua dan watak-watak picisan yang akan mati kena bunuh sepanjang jalan cerita.

Yang jahat dalam cerita ini Predators. Muka huduh, kulit berminyak, gigi kuning, kulit menggerutu, rambut panjang dan nafas berbau. Buat gua terfikir macam mana kehidupan seharian Predators. Hari-hari nak jadi jahat dan keras. Lepak kedai mamak pekena teh pun kena jadi keras.

Jalan cerita kali ini tidak lari banyak dengan jalan cerita yang dulu-dulu. Cuma gua berharap untuk filem yang akan datang, pengarah menambah unsur-unsur cinta dalam jalan cerita. Cerita Cinta 3 segi memang tengah naik sekarang. Antara cadangan gua untuk buat filem ini lebih dramatik :


1) Seorang wanita yang jatuh cinta dengan Predator.

   Wanita ini berharap Predator boleh gigit dia dan tukar dia jadi seorang Predator.

   Macam cerita Twillight.


2) Hubungan cinta mendapat larangan keluarga akibat perbezaan darjat.

   "Siapa itu Predator? Majistret? Lawyer? Doktor?"

   "Dia makhluk asing mak"

   "Pantang keturunan aku bermenantukan makhluk asing"

    Macam filem Ibu Mertuaku.


3) Predator yang hilang ingatan setelah terhempas ke bumi.

    Seorang wanita yang bersungguh-sungguh mengorat Predator setiap hari macam cerita "50 first dates".


Kadang-kadang hidup ini tak boleh jadi keras sangat. Gua rasa banyak lagi idea yang boleh buat filem ini letup. Kalau Dr Rozmey boleh buat pecah panggung, takkan omputih tak boleh buat dak?