Friday 30 April 2010

Memukau...

"Semua orang layak jadi bos...ciri-ciri seorang pemimpin dah ade..tapi ade satu kekurangan yang membezakan antara pemimpin dan orang biase" ujar Majid sambil menghirup teh 'o'.

"Apa kekurangannya?" soal gua lagak budak tadika nak belajar mengeja.

"Charming" balas Majid.

Sekarang gua tengah google gambar Tun Mahathir, Dato Nik Aziz, Bennito Mussolini, Ahmadinejad, dan yang pasti antara mereka, Farid Kamil lebih charming.

nota kaki
*mentaliti harus ditukar*

Bukan Farid Kamil

Wednesday 28 April 2010

Tahi lalat..

"Cuaca sangat redup hari ini. Sesuai untuk ronda-randi bandaraya Kuala Lumpur." ujar aku dalam hati sambil memandu kereta sukan 2 pintu bukan 'type R'. Di saat dan ketika ini aku memandu seperti kebanyakan pemandu kereta kancil lain yang berwarna putih yang rata-ratanya ada pelekat 'type L' dekat belakang belah kanan atas sikit dari 'bumper' tepi kiri lampu belakang belah kanan tepi kanan nombor plat. Dengan gaya pemanduan aku, kalaulah ada polis tahan, aku syak dia mesti nak mintak rasuah RM20 paling kurang.

Tiba-tiba naluri hati aku kata macam ada yang tak kena. Keadaan jalan raya yang hiruk-pikuk menjadi sunyi sepi. "Malaikat lalu, barangkali.." ujar aku dalam hati. Sambil tukar 'gear' 3 ke 'gear' 4 (tanda-tanda aku nak mula pecut) aku tengok pemain cakera padat berjenama mewah aku dalam keadaan 'off'. "Cis, patut la sunyi sepi jek." Dengan riaknya aku capai alat kawalan jauh pemain cakera padat lalu picit butang 'on'. Terus aku cari saluran Sinar.fm. Jarang-jarang anak melayu ada pemain cakera padat yang ada alat kawalan jauh. Aku senyum bangga.

Sampai ke susur keluar ke Jalan Kuching dari Batu Caves, aku pun perlahan-lahan belok ke kiri. Kelihatan kenderaan bergerak makin perlahan seolah-olah ada kelibat Amber Chia 'posing' tepi jalan berbikini 'polka dot' merah hitam. Kalaulah benar, aku syak Amber Chia peminat kipas susah mati Manchester United. Jalan sesak bukan kepalang. Kenderaan masih bergerak dari 'bumper' ke 'bumper' walaupun hampir 15 minit masa berlalu. "Ni mesti ada 'accident'.." aku mula hilang sabar seperti pemandu-pemandu lain. Aku capai telefon bimbit lalu menghantar satu pesanan ringkas kepada Djemba-djemba (bukan nama sebenar).

"Bro, gua lambat skit ni..jalan jam x ingatnya..".

"Tenet tenet" bunyi nada 'sms' telefon aku. Tak sampai seminit Djemba dah balas. Aku rasa bunyi nada 'sms' aku tak berapa nak tangkap macam kebanyakan orang yang lain. Aku nekad balik nanti aku nak tukar nada lagu Lady Gaga yang paling baru. Kalau aku lepak kedai kopi dengan nada yang baru nanti, barulah awek sebelah meja jeling dekat aku. Aku senyum seorang diri.

"Lu jangan nk bro2 dgn gua la. Tekanan darah gua makin naik tunggu lu kat sini." balas Djemba. Betul-betul hati panas mamat ni.

"Nasib baik tekanan darah lu je yg naik..kalo benda lain yg naik ini hari jugak lu kena kawin..wakaka.." aku balas dengan 'steady'.

"Tenet tenet" tak sampai 10 saat Djemba dah balas. Aku syak dia tengah main 'sms' dengan Nana anak ketua kampung kawasan rumah dia yang baru dia kenal 2 3 hari lepas. Laju je dia balas. Sedikit sejarah tentang Djemba dan Nana. Djemba memang terkenal dengan nafsu makannya yang tak ubah seperti nafsu kuda yang dalam kepanasan. Manakala Nana memang terkenal dengan kepakarannya di dapur. Masakannya memang 'class A love affair'. Jadi mereka berdua memang cocok di mata aku.

"Kalo lu kat depan gua ni dh lama penumbuk kiri mike tyson hinggap kat pipi lu. Gua bagi lu 10 minit je. Kalo lu lambat gua makan dengan awek baju kurung kedah sebelah meja ni." balas Djemba bagai singa yang kelaparan.

"Ok..minit ke 9 masa kecederaan gua smpai.." sekali lagi aku balas dengan penuh keyakinan. Dengar saja gadis genit berbaju kurung Kedah, dia punya naik memang lain macam.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang benar sangkaan aku. Aku lihat ke kanan tanpa membuka cermin tingkap, ada kelibat seorang lelaki dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sambil ada 2 3 jejaka kacak berbadan sempurna sedang menolongnya. Berdasarkan kedudukan lelaki tersebut dan motorsikalnya yang remuk, kereta wira bikin mirip evo dengan ekzos besarnya yang jatuh, aku sempat buat sedikit analisis tentang kronologi kemalangan tersebut. Di bawah ada ceritanya.

Aku syak lelaki bermotorsikal menunggang dengan laju dan cuai kerana sudah terlambat untuk satu janji temu dengan gadisnya di sebuah pusat membeli-belah yang tersohor di Lembah Klang. Mengapa aku berkata demikian? Berikut adalah penjelasannya. Setelah cilok kiri dan cilok kanan, dia gagal untuk membaca pergerakan kenderaan dihadapannya dengan tepat yang sudah berhenti hampir 2 saat yang lalu. Tatkala itu lelaki bermotorsikal tersebut sangat teruja dengan aksinya sendiri, dia mula 'press' pedal minyak tanda-tanda untuk memecut. Diingatkan kenderaan dihadapannya sudah pun berhenti selama 2 saat yang lalu. "Bang!" perlanggaran telah pun berlaku. Dengan impak pada tahap kelajuan 60km/j, lelaki bermotorsikal tersbut terhumban ke depan menghantukkan kepalanya ke punggung kereta tersebut. Itu menjelaskan bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi tidak menjelaskan tentang janji temunya dengan seorang gadis di sebuah pusat membeli-belah tersohor. Di bawah ada penjelasannya.

Tatkala lelaki bermotorsikal tersebut sedang bertarung nyawa di lantai jalanraya, melalui pemerhatian aku, helmet berjenama Magnumnya masih lagi terlekat rapi dikepalanya. Aku pasti dia ada tonton iklan pakailah topi keledar yang mana ada sos cili bertaburan di kawasan kemalangan. Pasti dia ambil iktibar dari iklan tersebut. Di tepi sebelah kiri helmet tersebut, di lantai jalanraya kelihatan sebuah telefon bimbit berjenama. Jenama apa? Aku pun tak berapa nak tahu. Aku syak lelaki tersebut sedang menjawab panggilan ketika melakukan aksi 'stunt' ciloknya sambil telefon tersebut diselitkan ditepi telinga di dalam helmet Magnum (bukan Magnum 4D) seperti yang selalu dilakukan oleh mat-mat 'despatch' di sekitar Lembah Klang. Firasat aku mengatakan bahawa panggilan tersebut mungkin sangat penting dari seseorang yang sangat penting yang mana mungkin majikannya atau gadisnya sehinggakan dia terpaksa menjawabnya sambil menunggung motor. Aksi tersebut amatlah bahaya. Setelah mengamatinya lagi, aku perasaan lelaki tersebut memakai baju kemeja lengan pendek bercorak kotak-kotak 'tuck in' dengan jeans berjenama mewah dan berkasut 'sneakers' warna putih dengan corak merah. Aku pasti kasutnya berjenama Puma. Aku sangsi dengan berpakaian seperti ini mana mungkin dia mempunyai janji temu dengan majikannya yang mempunyai setiausaha yang genit, seksi dan menggiurkan, barangkali. Ini menjelaskan tentang janji temunya dengan seorang gadis di pusat membeli-belah tersohor tersebut.

Selepas melalui kawasan kemalangan tersebut, jalan sungguh tenang tanpa sedikit pun kesesakan. Aku tak dapat gambarkan perasaan aku ketika ini. Marah bercampur baur dengan gembira. Aku tabik dengan sikap perihatin rakyat kita yang tiap kali ada kemalangan pasti jalanraya sesak. Pendapat peribadi aku, bila dah tengok ada 2 3 lelaki kacak berbadan sempurna dah tolong mangsa kemalangan, yang lain tidak perlu nak sibuk-sibuk. Pandu berhati-hati tanpa pedulikan kawasan kemalangan merupakan sikap yang tidak mementingkan diri sendiri yang patut dicontohi oleh semua rakyat. Mengabaikan sikap seperti ini akan menyebabkan kesesakan jalanraya yang sangat luarbiasa. Juga menyebabkan tekanan darah si Djemba naik dengan tak semena-mena.

Aku nyaris leka dengan janji temu makan tengah hari aku dengan si Djemba. Perut aku pun dah mencarut-carut ni. Justeru aku pun memecut dengan berhemah. Seperti yang dijanjikan, 9 minit masa kecederaan aku sampai disebuah restoran nasi kandar yang tersohor di Lembah Klang. Siapa yang tak kenal nasi kandar Zainul. Dah kena, memang lain macam 'spirit' dia. Aku pun menyusun langkah masuk sambil tercari-cari kelibat si Djemba. Tiba-tiba aku ternampak 3 orang gadis berbaju kurung salah seorangnya berbaju kurung kedah. 'Spirit' aku memang naik lain macam masa ni sambil betulkan sikit rambut supaya lebih rapi. Aku syak si Djemba ada dekat-dekat situ. "Betul la ckp Djemba, ade gadis berbaju kurung kedah.." ujar aku dalam hati. Si Djemba memang jarang cakap bohong dengan aku yang selalu berbohong dengannya. Itu memang salah satu sifat yang aku hormat tentang Djemba. Tapi aku yakin si Djemba perlukan sesuatu yang lebih dari kejujuran untuk berada di meja gadis-gadis berbaju kurung tersebut.

Selang 3 meja aku nampak Djemba sedang bermain 'sms' diselangi dengan renungan penuh fantasi ke arah meja gadis-gadis tersebut. Memang sah dia main 'sms' dengan Nana anak ketua kampung sebab bukan main sengih kambing lagi bila 'sms' masuk. Bukannya aku kenal Djemba sehari dua. Kalau dibiarkan lagi lama, makin parah. "Oi.." sambil aku tepuk belakang bahu kiri si Djemba.

"Oi. Asal lambat? janji 10 minit. Kalo ko lambat seminit lagi, ko akan nampak aku duduk kat meja sana dah." ujar si Djemba sambil menuding jari telunjuknya ke arah meja gadis-gadis tersebut. Biasa la Djemba kalau dah bersembang memang bergegar tanah melayu.

"Kan aku dah cakap tadi 9 minit masa kecederaan. Perlu ke ajar ajar ko matematik darjah satu..?" balas aku dengan kegegaran yang sama tahap dengan si Djemba.

"Dah2. Lu nak makan ape? gua belanja.." ujar Djemba sambil senyum tangan masih lagi tak berenggang dengan telefon bimbitnya. Aku syak Nana anak ketua kampung 'sms' sesuatu yang sangat lucu sehingga menyebabkan si Djemba mengeluarkan senyuman kambingnya itu.

"Kasi gua nasi lauk ayam separuh kepak belah kanan, kuah campur ngan kuah merah letak asing..telur rebus satu, sayur tak mau" aku tahu order aku memang panjang tapi aku yakin dengan kebijaksaan Djemba dia pasti tidak mudah lupa walaupun melayu mudah lupa.

"Banyak cekadak la ko ni. Nanti gua lambai lu datang ambik. Kalo lu lambai balik gua ludah dalam nasi lu.." Memang. Aku tahu Djemba ni kalau bersembang nak meletup jek. aku angguk tanda setuju sambil jeling ke arah meja gadis berbaju kurung kedah.

Dalam masa 5 minit Djemba lambai. Ikut hati nak je aku lambai balik. Tapi aku teringat amaran keras Djemba tadi. Aku terus membatalkan niat aku. Lantas aku pergi mengambil nasi dan kembali ke meja menikmati makanan bersama si Djemba diselangi dengan pandangan penuh fantasi ke arah meja gadis berbaju kurung kedah.

"Erkkk.." sendawa pendek si Djemba tapi padu sambil mengeliat. Aroma kari Haji Zainul meresap keluar dari mulut Djemba.

"Kalo Nana anak ketua kampung tengok perangai buruk lu ni, confirm dia delete no. lu dari handphone dia.." sindiran sinis aku terhadap Djemba disusuri dengan tegukan air kosong tanda kekenyangan. Aku lihat Djemba senyum nipis kemudian hirup air sirap bandungnya yang tinggal lagi separuh. Sirap bandung? sah si Djemba tengah hangat bercinta.

"Beb gua rase nak berak la..lu tunggu jap.." ujar aku dengan 'steady' setelah hampir sejam bersembang tentang perihal duniawi.

"Bontot lu memang tak sekolah la. Balik berak kat umah la." ujar Djemba dengan muka ketatnya.

"Bontot gua memang tak sekolah..sebab tu dia suka berak..nanti gua hantar dia pegi tusyen biar jadi pandai skit.." balas aku dengan lawak bodoh. Muka Djemba nak tak nak layan jek sambil hisap rokok gulung tembakau perisa 'capuccino'.

Aku bergerak laju ke arah tandas awam yang keadaannya pasti huru-hara segenap penjuru. Pernah satu masa dahula aku melabur di tandas Esso dekat Sunway berhampiran Restoran Bidara tempat aku selalu lepak lepas main futsal dekat 'sportplanet'. Seingat aku jambannya memang banjir sambil ada seketul tahi terapung. Ketika itu aku memang tak fikir 2 kali. Aku tambah lagi 'lauk' dalam kuah banjir tu. Selepas selesai, aku berasa sangat puas. "Hahahaha.." aku gelak jahat dalam hati. Biar padan muka orang yang pakai jamban lepas ni. Aku tahu sikap seperti ini harus tidak dicontohi tetapi aku membiarkan emosi mengatasi fikiran logikku ketika itu.

Tibanya aku dimuka pintu tandas, aku letak 50 sen dalam mangkuk plastik atas meja makcik yang ditugaskan kutip tol tandas. Secara peribadi, kalaulah aku wakil rakyat atau ahli parlimen dah pasti aku cadangkan rang undang-undang tandas awam percuma. Bukan apa, aku tak kisah sangat bayar 50sen untuk berak. Bukannya aku tak mampu. RM5 pun aku sanggup bayar dari aku berak merata. Tapi yang pasti kondisi tandas itu bukan seperti yang diharapkan. Perkara ini amatlah remeh tetapi memberikan impak yang besar terhadap kemajuan negara. Kenapa aku cakap begitu? Sebab ini bukti yang rata-rata kita mempunyai mentaliti tahap kelas ke 3. Tandas awam pun tak boleh nak jaga inikan nak jaga satu negara. Remeh bunyinya tetapi ada logiknya. Lihatlah mana-mana negara maju, yang aku sangat pasti tandas awam mereka sangat selesa untuk tidur dan ianya percuma. Tanpa disedari, kita ditindas oleh penjaga-penjaga tandas yang tidak bertanggungjawab ini. Orang putih kata 'We pay for nothing'.

Apabila memikirkannya, tekanan darah aku mula naik. Lantas aku buka pintu jamban yang selaknya rosak seperti tandas-tandas awam yang lain di Lembah Klang ini lalu mencangkung untuk melepaskan tekanan darah aku yang makin naik ni. Aku teran dengan sepenuh hati. Tiba-tiba, seekor lalat hinggap di hidung aku belah kiri. Ada dekat 10 saat dia bertenggek dekat situ. Hidung aku rasa geli-geli je. Aku bersikap acuh tak acuh sahaja kerana aku tidak mahu konsentrasiku diganggu. Aku syak lalat tu pun tengah berak macam aku. Tak sampai 10 minit selesai tugas aku. Aku beristinjak dengan cara-cara yang ustaz aku ajar masa kelas PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain) ketika aku dibangku sekolah dahulu. Memang aku tak pernah lupa walaupun melayu mudah lupa. Kemudian aku alirkan air ke lantai jamban untuk membersihkan apa yang patut dan tarik picu 'flush' agar taik-taik aku berenang ke tempat yang sepatutnya.

Sebelum aku keluar jamban aku teringat tentang aksi lalat yang berak atas hidung aku tadi, barangkali. Jika benar si lalat itu berak, mungkinkah aku dapat lihat ada kelibat tahi lalat diatas hidungku? Aku mula tertanya-tanya. Sifat ingin tahu aku makin membuak-buak dalam diri ini. Lantas aku melihat ke arah cermin dekat sinki. Memeriksa sama ada munculkah kelibat tahi lalat di hidung aku. Aku bersyukur. Mujur tiada kelibat tahi lalat di atas hidung aku. Kalaulah tiba-tiba ada, ianya pasti sangat lucu dan si Djemba pasti seronok membahan aku sambil bermain 'sms' dengan anak ketua kampung tersebut.

Tetapi di hujung benak hati aku ni, wujud 2 3 persoalan yang mana aku rasa mungkin agak remeh tetapi aku pasti ianya penting.

Jika benar lalat tersebut berak, kenapa tiada tahi lalat dihidung aku? Pelik bukan?

Jika benar tahi lalat wujud bukan disebabkan lalat yang berak, tapi kenapa orang masih lagi memanggilnya tahi lalat? pelik bukan?

Jika saiz tahi lalat di bahagian badan seseorang sangat kecil, agak logik lalat itu berak. Mungkin logik jika kita gelarkannya tahi lalat. Tetapi bagaimana dengan saiz tahi lalat yang sebesar penumbuk kiri Mike Tyson?Mampukah seekor lalat yang lebih kecil dari saiznya dari saiz lubang hidung si Djemba begitu produktif? Aku syak mungkin lalat tersebut berak berjemaah dengan rakan-rakannya yang lain kerana itu sahaja caranya untuk menghasilkan seni seperti penumbuk kiri Mike Tyson.

Satu tahi lalat menyimpan 1001 misteri. Benda yang remeh macam ni memang jarang-jarang ada anak melayu fikir. Aku rasa mungkin sebab ini melayu mudah lupa dan kurang nak maju dari restoran Ali Maju yang tatkala ini sedang merancang untuk membuka cawangan 15 nya di sekitar lembah Klang sahaja.

Aku mula kecewa kerana tak jumpa jawapan yang aku cari dan terlalu banyak persoalan yang muncul ketika ini. Oksigen-oksigen seluruh badan aku, aku arahkan dipam ke otak aku untuk membolehkan aku berfikir dengan lebih efektif. Aku mula mengorak langkah keluar dari jamban meluru ke arah si Djemba yang tengah senyum kambing sambil tangan kanan memegang telefon bimbit dan tangan kiri memegang sebatang rokok gulung. Aku perasan si Djemba seorang yang 'multi tasking'.

Sampai di meja aku terus tanya si Djemba, "Kenapa orang panggil tahi lalat tu tahi lalat?"

Djemba buat muka ketat, senyum sinis sambil sedikit menggelengkan kepalanya. ternyata Djemba ambil mudah tentang persoalan aku. Yang pasti si Djemba tak putus-putus bermain 'sms' dengan Nana anak ketua kampung kawasan rumahnya.






Ratu tahi lalat yang pastinya bukan Dato Siti Nurhaliza tapi lebih padu..

Wednesday 21 April 2010

Jangan pilih jalan hitam...episod 1


"Aaahhhhhhhhhhh...gua dah tak boleh go!" bentak Pemuda Selayang sambil menghayun nota Tamadun Islam Tamadun Asia kertas 2. Hayunan itu hampir mengena patung "Helo Kitty" pemberian bekas kekasih. Pemuda Selayang mencapai bekas abu rokok, menguis kotak rokok, "placing" rokok sebelah kiri bibir. " Mane lighter gua?" tanye Pemuda Selayang sambil mencapai tuala "Hello kitty" berwarna merah jambu.

" Pink! jom, kita sembang pasal awek lu kat jamban, gua sakit perut"

Ayunan langkah Pemuda Selayang ke jamban penuh yakin bagai baru menang pilihanraya DUN Ulu Selangor.

babak dua

"ssssssshhhhhhhhhhhhhh cit cit cit cit" bunyi dari dalam jamban. Baru lepas beristinjak guna getah paip pada kiraan gua.

babak tiga

Seperti biasa pada minggu peperiksaan semua orang study bagai nak gila. Orang gila kalau tengok kami study pon geleng-geleng kepala. Menyesal gua pasang cita-cita nak jadi orang kolar putih dulu. Baik gua jadi macam Hardi Jaafar, main bola tak hebat tapi dapat gaji ribu-ribu tiap-tiap bulan. Name satu Malaysia femes.

Malam yang indah itu turn gua dan Pemuda Selayang pergi tapau "supper". Seperti biase selepas ambil order dari mamat - mamat yang tengah study,main judi, dating dan main sms sambil gelak-gelak manja (mamat ni yang paling gua tak gemar), gua capai kunci motor 110cc gua, tendang-tendang starter, nyala rokok, pulas-pulas throttle kasik campuran udara dan benzine sebati dan terus pecut. Kelajuan motor gua boleh mencecah 140km/j dengan hanya mengguna gear 1. Tapi malam tu sebab Pemuda Selayang bonceng gua, die jadi lembab sikit mcm Alex Yoong bawak kete F1.

babak empat

"Kasi bungkus roti banjir 13, roti telur banjir 8, mee goreng 3, air penerang hati Adi Putra ngan air bandung kaler pink 3, gua bagi lu 15 minit je nak siapkan order, gua ade masa depan nak pikir" ujar Pemuda Selayang tegas. Mamak tu angguk-angguk macam biase. Gua duduk diam-diam usyar awek junior lalu lalang. " boleh tahan produk tahun ni" getus gua dalam hati. (gua syak yang orang yang order air bandung mesti tengah hangat bercinta)


bersambung......(gua nak pergi ketak-ketak kan badan)


Monday 19 April 2010

Musim deghoyan...

Memang aku tak menduga akhirnya hari yang ditunggu-tunggu kunjung tiba. Hari ini dalam sejarah di mana hangpa semua boleh panggil aku BLOGGER. Dulu aku bukan main kutuk lagi 'bloggers' ni sebab aku memang suka kutuk mengutuk ni. Kalau berjemaah lain macam dia punya naik.

'Bloggers' semua jangan cepat naik darah tanpa sebab. Tak semua 'bloggers' aku kutuk. Yang layak di kutuk je aku kutuk. '
Bloggers' yang jenis tulis blog macam tulis diari. Biasanya orang tulis diari sebab tak nak orang baca tapi yang ni lain macam sikit pe'el dia. Tulis diari tapi dalam hati "Bacalah, luahan hati aku yang 'best' ni.." yang pada hakikatnya bukan 'best' mana pun (macam blog aku 'best' je..tak 'best' hangpa semua jangan baca. Hahaha)

Tetapi sekarang aku telah buat keputusan untuk ambil acuh tak acuh je dengan blog-blog yang sewaktu dengannya. Tapi satu je aku respect dengan semua 'bloggers' yang ada dekat muka bumi ni kerana hiburan yang lazat yang dihidangkan sampai kadangkala aku sanggup berlapar untuk baca blog.


Halamak perut aku dah mencarut-carut ni kelaparan. Aku terpaksa pergi makan.


djemba-djemba dgn duriannya...

Tuesday 13 April 2010

peristiwa manis...

Hari ini gua dan sahabat sejati gua bertekad menulis sebuah blog. Kali terakhir gua semak Kamus Dewan erti blog tak wujud lagi dalam bahasa melayu. Prasangka gua Ketua Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka belum meluluskan lagi perkataan blog dalam bahasa melayu sebab dia baru main MIRC tatkala rata-rata lelaki seangkatannya sudah mempunyai hubungan dengan artis.


Kadang - kadang gua moral down membaca blog-blog manusia satu zaman ngan gua. banyak kisah sedih dan gembira kerana seseorang. Lu orang bayangkan kalau untuk post 2009 label "cinta" ade 459 post. Gile ape lu nak jatuh cinta 459 kali setahun. Gua baru je sekali jatuh cinta sepanjang hidup gua. Kalau post "putus cinta" ade 387 setahun. Gua tak boleh nak bayangkan kehidupan seharian lu. Menteri Pembangunan Wanita pon gua ingat tak boleh nak tolong.

(Macam blog gua best jer kan nak kutuk-kutuk blog lain...hahahaha....kalau lu orang tak suke...jangan bace)


Gua dan sahabat sejati gua bertekad untuk berkongsi rona-rona kehidupan dari sudut mata kaca kami.














Nota Kaki
*bukan Ketua Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan bukan Menteri Pembangunan Wanita