Tuesday, 31 August 2010

SePagi di Ampang..

"bangun...bangun...bangun" cicip burung raja udang. Rama-rama berterbangan hinggap di anjung katil bercorak inggeris gua...

Gua buka mata lantas menggeliat. "kruukk krrukk kruukkk" bunyi tulang belakang gua parking kasi lurus-lurus. Aliran darah gua menjadi normal. Tak bengkang bengkok macam lebuhraya karak. Gua nak bangkit, tapi jimmy, nama manja katil gua, menarik-menarik badan gua supaya jangan ditinggalkan.

Gua buka tingkap. Orang tua-tua cakap bangun pagi buka tingkap nanti rezeki murah. "Selamat pagi" sapa 2 ekor burung merpati sejoli serentak. Seekor harimau kumbang mengangkat tangan tanda hormat. Gua membalas dengan senyuman nipis.

Gua basuh muka dan gosok gigi. Gua menatap bentuk badan gua di cermin. Ahh tak sia-sia gua amalkan  cara hidup sihat. Penuh dengan otot dan tiada lebihan lemak.

Gua melangkah malas menuju ladang anggur dan ladang oren di belakang rumah. Matahari baru nak acah-acah keluar. "Nak buat juice untuk sarapan kena pakai buah-buahan segar" pesan jiran gua, Uncle John Wayne. Gua petik empat lima biji buah oren dan empat lima tangkai buah anggur, cukup untuk gua sekeluarga bersarapan. Gua singgah ladang ayam gua, ambil 4-5biji telur ayam yang baru menetas. "Baru Organik, sihat gua sekeluarga" ujar gua dalam hati.

Gua pass buahan yang baru dipetik tadi ke orang gaji gua berbangsa Inggeris. Gua berjalan menuju stable kuda belakang rumah, gua buka ikatan kuda unikorn gua, letak pelana kat belakang terus gua naik. Gua bisik kat telinga unikorn gua "kedai nasi lemak pasar basah kg pandan"

Unikorn gua terus membuka langkah tanpa membantah. Bau nasi lemak kukus semakin menusuk hidung gua...

(kronik dah gua ni, kene balik Malaysia cepat ni)

No comments:

Post a Comment