Friday 6 August 2010

Prebiu : Predators

Baru - baru ini gua dapat jemputan menonton filem Predators terbaru.  Gua bukan seorang pengkritik tetap filem macam Uwei Shaari atau Eman Manan. Cuma gua dijemput menonton beramai-ramai sebagai aktiviti tetap hujung minggu.

Jalan cerita yang sangat tipikal. Sekumpulan manusia dihantar ke sebuah planet sebagai bahan uji kaji untuk lawan Predators. Cerita-cerita bercorak survival ini biasanya akan ada seorang ketua yang bertubuh sempurna, seorang awek seksi yang akan jatuh cinta dengan ketua dan watak-watak picisan yang akan mati kena bunuh sepanjang jalan cerita.

Yang jahat dalam cerita ini Predators. Muka huduh, kulit berminyak, gigi kuning, kulit menggerutu, rambut panjang dan nafas berbau. Buat gua terfikir macam mana kehidupan seharian Predators. Hari-hari nak jadi jahat dan keras. Lepak kedai mamak pekena teh pun kena jadi keras.

Jalan cerita kali ini tidak lari banyak dengan jalan cerita yang dulu-dulu. Cuma gua berharap untuk filem yang akan datang, pengarah menambah unsur-unsur cinta dalam jalan cerita. Cerita Cinta 3 segi memang tengah naik sekarang. Antara cadangan gua untuk buat filem ini lebih dramatik :


1) Seorang wanita yang jatuh cinta dengan Predator.

   Wanita ini berharap Predator boleh gigit dia dan tukar dia jadi seorang Predator.

   Macam cerita Twillight.


2) Hubungan cinta mendapat larangan keluarga akibat perbezaan darjat.

   "Siapa itu Predator? Majistret? Lawyer? Doktor?"

   "Dia makhluk asing mak"

   "Pantang keturunan aku bermenantukan makhluk asing"

    Macam filem Ibu Mertuaku.


3) Predator yang hilang ingatan setelah terhempas ke bumi.

    Seorang wanita yang bersungguh-sungguh mengorat Predator setiap hari macam cerita "50 first dates".


Kadang-kadang hidup ini tak boleh jadi keras sangat. Gua rasa banyak lagi idea yang boleh buat filem ini letup. Kalau Dr Rozmey boleh buat pecah panggung, takkan omputih tak boleh buat dak?

No comments:

Post a Comment